RSS

Tanda Orang Yang Hampir Meninggal


  • OBJEKTIF : Menanamkan perasaan keinsafan ke dalam jiwa pelajar bahawa kematian itu pasti akan datang.
  • Tanda orang hampir hendak meninggal itu banyak, diantaranya ialah :-
  1. Tapak kakinya lurus.
  2. Hidungnya tunduk.
  3. Sendi pergelangan tangannya renggang.
  4. Pipinya likup.
  5. Dahi nya berpeluh.

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

* Sumber Rujukan : USTAZ AHMAD ADNAN FADZLI

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/06/tanda-tanda-kematian.html

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: