RSS

Perkara-Perkara Yang Sunat Dilakukan Selepas Kematian


OBJEKTIF: Pelajar-pelajar mengetahui bahawa satu tuntutan fardhu kifayah dalam agama Islam dalam pengurusan Jenazah.  Pelajar-pelajar juga tidak akan menyisihkan tanggungjawab ini.


> Biarlah dia diuruskan oleh orang yang menyayanginya seperti dari kaum keluarganya sendiri.

> Disyariatkan juga untuk memejamkan matanya sebab apabila roh keluar maka diikuti pula oleh pandangan mata ke mana roh itu pergi. Ianya juga sebagai penghormatan kepada mayat.

> Sunat mengikat janggut dengan serban yang ada di kepalanya supaya janggutnya tidak berserakan.

> Rapatkanlah mulutnya jika ternganga, kerana tidak elok dipandang dan untuk mengelakkan masuknya air dan serangga ke dalam mulutnya waktu memandikannya.

> Sunat diperlembutkan sendi-sendi tangan dan kakinya supaya mudah untuk memandikan dengan menyapukan minyak padanya.

> Sunat diangkat dan diletakkan ditempat tinggi seperti katil supaya tidak kena tanah, yang mengakibatkannya cepat rosak dengan dihadapkan mukanya arah kiblat.

> Setelah disalin pakaiannya, maka hendaklah ditutup seluruh anggota badannya dengan kain bersih, sebagai penghormatan kepadanya dan supaya tidak terbuka auratnya.

> Lebih sempurna lagi bila mayat itu diletakkan di dalam bilik yang tertutup agar lebih selamat.

> Tidak ada halangan untuk mencium mayat, bagi keluarganya atau sahabat-sahabatnya, yang sangat sayang kepadanya dan berduka atas kematiannya.

*Sumber Rujukan : Ainul Mardhiah 2008, Bimbingan Lengkap Pengurusan Jenazah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: