Memandikan
1. Memandikan Mayat
Mayat mengetahui siapa yang memandikkannya. Riwayat dari Abu Said Al-Khudriy, katanya ; Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“ Sesungguhnya mayat itu tahu siapa yang memandikkannya, mengusung dan memasukkannya ke dalam kubur. Ia dapat mengetahuinya kerana adanya hubungan roh dengan badan.”
Disyariatkan memandikan mayat adalah untuk menghilangkan hadas, kerana kematian adalah menyebabkan lembutnya badan dan hilang akal. Ianya bukan bererti mayat itu najis, sebab orang Mukmin tidak dianggap sebagai najis sama ada masih hidup ataupun sudah matinya.
Advertisements