RSS

Cara Sebaiknya Dalam Menghadapi Kematian Yang Disayangi


OBJEKTIF : Pelajar-pelajar akan dapat menanamkan sifat sabar dalam diri mereka sekiranya menghadapi musibah dan sama-sama bertanggungjawab dalam mententeramkan perasaan kaum keluarga yang sama-sama menghadapi dugaan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

وَاصْبِرْ عَلى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأُمُورِ

Mafhumnya : ” Dan bersabarlah terhadap apa yang menipma kamu.  Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah.”

(Surah al-Luqman:17)

1. Bersabar
Manusia tidak akan terlepas dari diuji oleh Allah. Segala ujian yang pelbagai itu, apabila menimpa kepada seseorang, janganlah diterima dengan putus asa dan keluh kesah. Biarlah semua cubaan itu diterima dengan ketabahan dan kesabaran.

2. Jangan Meratapi mayat
Tidak mengapa kalau sekadar menangis tanpa berkata-kata. Janganlah sampai meratapi orang yang meninggal itu hingga memukul-mukul pipi dan mengoyak-goyakkan baju.

3. Sunat Mengucapkan Takziah
Ianya untuk menyabarkan dan meringankan kesusahan yang dideritai oleh orang yang sedang ditimpa musibah kematian. Sunat sehingga 3 hari selepas kematiannya. Keutamaan takziah ialah ;-

> Memperoleh pahala seperti pahala penderitaan musibah.
> Memperoleh perhiasan kehormatan di Hari Kiamat.
> Memperoleh selendang di Hari Kiamat.

* Sumber Rujukan : Ainul Mardhiah 2008, Bimbingan Lengkap Pengurusan Jenazah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: